Bayangkan sebuah dunia hanya untuk kanak-kanak, di mana imaginasi tiada batasannya! Itulah Dunia Ceria, sebuah kelab komuniti yang bakal menceriakan hari adik-adik. Di sini, adik boleh main pelbagai permainan kerjaya sambil berkawan dengan semua orang. Seronok kan?
Apa yang best kat Dunia Ceria?
• Mini game yang menarik. Lagi rajin adik main, lagi banyak ganjaran adik dapat!
• Rumah sendiri! Adik boleh beli perabot dan hias rumah adik sesuka hati.Nak melawat rumah kawan-kawan pon boleh.
• Macam-macam jenis pakaian. Topi strawberi, baju pahlawan, seluar emas, semua ada!
• Jumpa dan chat kawan-kawan dari seluruh Malaysia!
• Terokai Gerudi Emas, Gua Cahaya Ceria, dan Pantai Ceria.
Yang paling seronok? Dunia Ceria sentiasa berubah, jadi adik tak akan pernah bosan!
Mulakan pengembaraan adik sekarang!