Confirm A icon

Confirm A

Azree Idris
Free
1+ downloads

About Confirm A

Confirm A (Cutting-Edged Online Learning System Focusing on Individual Recognition and Individual Recognition for Active Learning) merupakan proses pembelajaran masteri (mastery learning) yang terunggul di Malaysia. Di antara kelebihan Confirm A adalah bersifat interaktif dengan memberi jawaban dan kaedah penyelesaian kepada soalan-soalan, pemantauan sistematik bagi guru dan ibu bapa, soalan berkualiti dan terkini mengikut aras kebolehan murid dengan elemen KBAT, kaedah latih tubi berkesan, rekod pencapaian murid berdasarkan analisis data yang boleh diakses segera, suasana pembelajaran murid yang seronok dan dipelopori pakar-pakar berpengalaman serta berkemahiran dalam dunia pendidikan.

Website Confirm A : http://confirma.com.my

Dengan menggunakan Confirm A, saya dapat mengulang kaji bukan sahaja topik darjah enam , malah topik-topik darjah empat dan lima juga dapat saya pelajari semula dalam masa yang sama. Ini kerana soalan-soalan Confirm A bermula dari aras mudah ke aras yang lebih tinggi. Sehubungan dengan itu,Confirm A dapat memudahkan saya merancang untuk mengulang kaji topik yang kurang mahir dahulu sebelum ke topik seterusnya.- Adik Qistina Nur Zahia 6A UPSR 2019

Dahulu saya lebih suka bermain dan mengabaikan pelajaran walaupun hampir dengan waktu peperiksaan tetapi apabila mencuba Confirm A, saya mula memberi tumpuan untuk mengulangkaji di rumah - Muhammad Duha Kasturi, calon Anugerah Adiwira Confirm A 2019

Ini merupakan anak sy yg kedua mengikut program ini dan terima kasih kpd Prof kerana telah mengilhamkan program ini. Alhamdulillah berkat kesungguhan anak sy yg pertama Amer Aimran mengikuti program ini pada tahun 2017, beliau telah berjaya mendapat 6A dan kini bakal menghadapi peperiksaan PT3 di MCKK. Semoga kecemerlangan Amer Aimran di dalam UPSR menjadi pendorong kepada adik nya untuk turut mengapai kejayaan pada UPSRnya yg mendatang. Tq Prof, Puan Nor Faizah, Bangi.

CONFIRMA meringankan beban tugas guru kerana di dalamnya terkandung bilangan soalan yang sangat banyak untuk dijawab oleh murid-murid dengan bentuk soalan yang berbagai –bagai aras. Soalan yang disediakan juga sangat melatih murid-murid menjawab soalan yang berunsur KBAT. - Pn. Khairiab Binti Abdul Kadir, Gurubesar, SK Tan Sri Ghazali Jawi, Gerik, Perak.

Confirm A merupakan sebuah platform E-learning yang memberikan peluang untuk murid meningkat pencapaian mereka berdasarkan tahap penguasaan (level 1 -10) dengan soalan yang disusun mengikut tahap kesukaran yang berbeza bagi setiap mata pelajaran. Selepas 3 tahun tempoh penggunaan Confirm A, pencapaian sekolah dilihat semakin meningkat dan memberangsangkan tahun demi tahun. Melalui Confirm A, pihak sekolah masih mengekalkan konsep latihan secara santai, bebas dan menyeronokkan. Murid kami bukan sahaja digalakkan membuat latihan di rumah, malah di antara selang waktu pembelajaran, waktu rehat dan cuti hujung minggu - En. Mohd Kabidi B. Mohamad, Gurubesar, SK Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu.

Confirm A hanya untuk UPSR sahaja dan belum dibuka bagi PT3 dan SPM untuk tahun ini.

Langganan Confirm A adalah RM100 untuk semua subjek UPSR bagi penggunaan Confirm A sepanjang 2020. Confirm A hanya dibuka kepada sekolah-sekolah yang pernah menggunakan perisian ini dan terhad kepada 2000 murid sahaja seluruh Malaysia bagi menjaga kualiti.

Butiran yang diperlukan bagi pendaftaran :
Nama murid
Nama sekolah
Nama kelas
IC murid
Nama penjaga1
Hphone penjaga1
Email penjaga1
Nama penjaga2
Hphone penjaga2
Email penjaga2
Alama surat menyurat

Mohon Whatsapp butiran di atas ke:
Dr. Mohd Azree Idris 019-314 0365

Maklumat bagaimana untuk bank in pembayaran akan disusuli setelah wakil Confirm A menerima butiran di atas.

Confirm A Screenshots