Tutorial Sulam Riben icon

Tutorial Sulam Riben

E Skills Productions
Free
10+ downloads

About Tutorial Sulam Riben

Tutorial Sulam Riben ini diterbitkan oleh Akademi2u untuk memudahkan anda mengakses bahan-bahan tutorial menyulam riben, kuiz, contoh rekaan sebenar dan sebagainya dalam satu aplikasi. Ia disusun mengikut 3 level tutorial dari level pemula, pertengahan hingga ke lanjutan.

Justeru, anda boleh mempelajari teknik menyulam riben ini, bermula dari asas hingga ke level yang lebih kompleks. Natijahnya, teknik-teknik sulam riben yang ditunjukkan boleh diubah suai bukan sekadar untuk menghasilkan bunga, malah ia boleh digunakan untuk dihasilkan pada rekaan pemandangan, objek dan sebagainya. Anda hanya perlu kreatif dalam mengaplikasikan teknik-teknik asas sulam riben yang ditunjukkan.

Malah, Tutorial Sulam Riben ini juga baik untuk digunakan oleh individu atau orang perseorangan yang ingin mengetahui dan mempelajari kemahiran sulaman riben ini. Hasilnya, anda bukan sahaja boleh menjadikannya sebagai hobi, malah anda juga boleh menjana hasil kreatif sulam riben anda sebagai sumber pendapatan sampingan mahupun tetap.

Semoga pengguna Tutorial Sulam Riben ini dapat memanfaatkan ilmu yang diberikan di sini sebaik yang mungkin. Inilah jariah kami dari Akademi2u dan pengasasnya Syahida Ramli. Kami halalkan segala ilmu yang dicurahkan di sini.