SewMate adalah satu aplikasi manual penggunaan mesin jahit yang asalnya dicipta bagi pelajar Kolej Komuniti Manjung. Manual ini dicipta bagi membantu pelajar mengenali, memahami serta mampu mengendali mesin tanpa bantuan pensyarah setiap masa. Manual disediakan dalam bentuk ringkas dan padat berserta gambar berwarna untuk memudahkan pelajar memahami arahan. Penggunaan SewMate dapat menjimatkan masa berharga sesi pembelajaran dan pengajaran dengan mengurangkan kebergantungan pelajar kepada pensyarah untuk mengendali mesin. Pelajar juga akan lebih mahir dan efisien dalam menguruskan permasalahan mesin. Manual ini juga mampu diperluas dan disebarkan ke semua Kolej Komuniti yang menawarkan Sijil Fesyen dan Pakaian, atas dasar penggunaan jenis mesin jahit yang sama.
Show More