Yayasan Wiba Prima icon

Yayasan Wiba Prima

Real Leaders Solutions
Free
10+ downloads

About Yayasan Wiba Prima

Yayasan WIBA PRIMA adalah singkatan kepada Yayasan Warisan Ibrahim Bin Abdullah (WIBA) Pembangunan Remaja Islam Malaysia (PRIMA). Yayasan WIBA PRIMA (YWP) adalah sebuah yayasan yang telah ditubuhkan di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 dengan nombor pendaftaran PPAB-06/2004 pada 21 Disember 2004.



Yayasan WIBA Prima telah ditubuhkan oleh pengasasnya, iaitu Almarhum Dato’ Ibrahim Bin Abdullah dan isterinya, Almarhumah Datin Fatimah Binti Abu Bakar (sila lihat buku ‘Bapaku Ibrahim Abdullah’ untuk latar belakang pengasas). Hari ini, usaha Yayasan WIBA Prima diteruskan dengan dipengerusikan oleh anaknya, Datuk Kamilia Ibrahim.



Objektif utama Yayasan WIBA Prima adalah menganjurkan projek pendidikan dan projek kebajikan bagi masyarakat Malaysia, tidak mengira agama, bangsa, serta keturunan melalui pelbagai pendekatan. Projek yang dijalankan adalah tidak terhad kepada penganjuran seminar, konvensyen serta kursus di pelbagai peringkat termasuk daerah, negeri, dan nasional, tetapi juga meliputi pelbagai projek pembangunan komuniti yang sesuai mengikut keadaan setempat dan keperluan semasa.

Yayasan Wiba Prima Screenshots