Aplikasi MyWataniah1 dibangunkan sebagai pembaharuan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) kod kursus MPU24611 bagi kursus Wataniah 1 yang wajib di ambil oleh pelajar semester 1 yang memilih Badan Uniform Askar Wataniah untuk subjek Ko-kurikulum di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS). Aplikasi ini menyediakan medium PdP tanpa batasan dengan menggunakan telefon pintar (Smart Phone) dimana pelajar dapat mengakses nota-nota pembelajaran daripada bab 1 hingga bab 8, video kawad kaki, gambar-gambar aktiviti tahunan dan link web berkaitan tanpa mengira tempat dan masa.
Show More