AndrSurvey Pro icon

AndrSurvey Pro

Manusia Biasa
$120.93
10+ downloads

About AndrSurvey Pro

Android Survey Pro for Land Surveyors

Modul utama yang terdapat dalam AndrSurvey Pro adalah:
1. Trabas
2. Cerapan Matahari
3. Arah Kiblat
4. Ukur Aras
5. Tekimetri
6. Penukaran Koordinat
7. GNSS
8. Air Pasang Surut

1. Trabas
Dalam modul ini terdapat fungsi untuk mengira direct bearing, koordinat, tikaian lurus, mempaparkan kembali bearing dan jarak yang telah dimasukkan dan juga memaparkan semua garisan trabas/lot (plot) tanpa skala. Koordinat yang dikira boleh dihantar ke Cerapan Matahari sebagai koordinat stesen untuk digunakan dalam kiraan Cerapan Matahari dan juga boleh dihantar ke GNSS dan seterusnya ke google maps untuk memaparkan lokasi stesen tersebut. Selain itu, koordinat bagi setiap stesen trabas/lot yang telah dikira juga boleh dibuat penukaran koordinat untuk menukar daripada satu sistem koordinat ke sistem koordinat yang lain. Garisan trabas/lot yang telah dimasukkan boleh diexport ke DXF dan KML untuk dipaparkan ke dalam google earth. Dalam Tikaian Lurus pula, pengguna boleh mengira tikaian lurus dan juga keluasan bagi trabas/lot serta boleh jana laporan Jilid Kiraan dalam format pdf. Pengiraan bagi Tanam Pastian (Refixation), Intersection, Resection, Secant Jalan, Offset Garisan, Lengkung Bulat dan Pecah Bahagi (Subdivide) juga terdapat dalam modul Trabas ini. Boleh juga simpan data dalam format Starnet dan generate 3 PU/PreComp Ascii.

2. Cerapan Matahari
Dalam modul ini pengguna boleh mengira Bearing Grid ke Tanda Rujuk (RO). Data deklinasi matahari dalam applikasi ini adalah dari tahun 1985 hingga 2020. Borang Cerapan Matahari bagi Azimut boleh dijana dalam format PDF. Bearing Grid yang diperolehi boleh dihantar ke modul Trabas untuk digunakan bagi memulakan kerja ukuran dan juga boleh digunakan untuk pembetulan 'm'.

3. Arah Kiblat
Dalam modul ini terdapat fungsi mengira nilai bearing arah Kiblat serta mengira waktu solat dari koordinat lokasi tertentu dalam sistem WGS84.

4. Ukur Aras
Dalam modul ini terdapat fungsi untuk mengira Aras Laras. Maklumat yang telah dimasukkan boleh ditransfer ke dalam fail dalam format csv dan jana fail pdf.

5. Tekimetri
Dalam modul ini terdapat fungsi untuk mengira tekimetri samada menggunakan pole atau kaedah stadia. Sesuai untuk kegunaan ukur kejuruteraan/ukur butiran/topografi. Di samping itu juga terdapat menu untuk mengira ketinggian objek. Maklumat yang telah dimasukkan boleh diexport ke DXF dan ditransfer ke dalam fail dalam format csv dan jana fail pdf.

6. Penukaran Koordinat
Dalam modul ini terdapat fungsi penukaran sistem koordinat dari suatu sistem ke suatu sistem koordinat yang lain. Sistem ini adalah seperti Cassini Soldner, MRSO, BRSO, MRT48 (Kertau), BT68 (Timbalai), WGS84, PMGSN94, EMGSN97, GDM2000 (ITRF2000) dan UTM yang biasanya digunakan bagi kerja-kerja offshore. Pengguna juga boleh memasukkan parameter penukaran koordinat jika ada.

7. GNSS
Dalam modul ini terdapat fungsi untuk mendapatkan purata koordinat GNSS yang dicerap. Pengguna boleh memasukkan Accuracy minimum yang dikehendaki bagi setiap cerapan. Koordinat purata yang diperolehi boleh dihantar ke modul Arah Kiblat dan juga modul Penukaran Koordinat untuk ditukarkan koordinat purata tersebut ke sistem koordinat yang lain seperti contoh koordinat cassini. Koordinat cassini ini boleh dihantar ke modul Trabas untuk digunakan sebagai datum andaian bagi memulakan kerja ukur. Koordinat cerapan GNSS boleh ditransfer ke fail dalam format csv.

8. Air Pasang Surut
Dalam modul ini pengguna boleh mendapatkan ramalan air pasang surut bagi setiap stesen terpilih.

Release:

Versi 1.0.79.
1. Panggil data dari fail CSV telah ditambah di dalam modul Tracking.
2. Modul Koordinat telah ditambah baik.

Versi 1.0.78.
1. Modul Tracking telah ditambah baik.
2. Masalah simpan fail bagi android versi 11 telah dibetulkan.

Versi 1.0.77.
Unsupported device fix.

Versi 1.0.76.
1. Tracking telah ditambah dalam modul GNSS.
2. Open Street Maps telah ditambah baik.

More from Manusia Biasa