Reka Bentuk Kain Tenunan icon

Reka Bentuk Kain Tenunan

Pixelated Enterprise
Free

About Reka Bentuk Kain Tenunan

Aplikasi ini merupakan projek dari 3 mahasiswi dari Akademi Pengajian Brunei, Universiti Brunei Darussalam yang bertujuan untuk memberikan penginovasian dan menaikkan taraf industri kain tenunan Brunei. Aplikasi ini juga bertujuan untuk memberikan informasi yang cepat dan mudah kepada masyarakat untuk mengenali motif tenunan Brunei serta menggalakkan masyarakat yang berminat untuk mereka bentuk kain tenunan sendiri. Motif-motif yang digunakan adalah bersumberkan daripada 5 agensi yang bergiat dalam bidang industri kain tenunan Brunei.

Bertenun kain dipercayai telah wujud di Negara Brunei Darussalam seawal abad ke-sembilan Masihi. Ini berdasarkan bukti arkaeologi yang pernah dijumpai di Kota Batu yang menempatkan usia beberapa temuan barang-barang bertenun kain dari tahun 800 hingga 1850 yang lalu (Karim, 2002). Sebidang kain tenunan Brunei lazimnya mempunyai 5 bahagian tertentu iaitu isi kain (motif), tepi kain, apit, punca kain dan lapik punca.

Reka Bentuk Kain Tenunan Screenshots